Monday, 9 April 2012

Pendaftaran Pemilih dan Semakan Secara Online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia

Dulu nak daftar sebagai pemilih. Memang susah sikit la. Terpaksa korbankan sedikit masa untuk pergi mendaftar di Pusat Pendaftaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berdekatan. Yang berada jauh tu. Terpaksa la kena naik bas, turun bas. Lepas tu tok tek tok tek .. habis satu hari untuk mendaftar je. Jadi benda ni dilihat agak melecehkan ! Mungkin sebab tu, orang² muda zaman sekarang liat sikit nak daftar sebagai pemilih walaupun ianya adalah satu tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia !

Pendaftaran+Pemilih+Secara+On-Line

Ini disahkan dari rujukkan yang aku baca. Dianggarkan seramai 4.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi, masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih dan majoritinya terdiri dari rakyat berbangsa Melayu. Rujukkan 4.3 juta  .. banyak tu !

Jadi bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda mendaftar sebagai pemilih. Berkuat kuasa mulai hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperkenalkan satu kaedah mudah bagi warganegara Malaysia yang berkelayakkan untuk mendaftar sebagai pemilih melalui Pendaftaran Pemilih Secara Online.

Tapi sebelum tu fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan pendaftaran pemilihan;

Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang², membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

Okies .. saya rasa anda semua fahamkan ! Bukan sekadar untuk pendaftaran buat pertama kali. Tapi sekiranya anda telah berpindah. Kena juga daftar semula supaya SPR dapat mengemaskini maklumat terkini anda. Kalau tak .. memang tak dapat la nak mengundi dalam pilihan raya yang akan datang.

Kenapa perlu mendaftar dan siapa yang layak menjadi pemilih ?

Untuk membolehkan anda mendapat hak untuk mengundi dalam pilihan raya sebagai seorang warganegara. Anda layak mendaftar sebagai pemilih apa memenuhi krateria² berikut;

- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.

Taracara Pengisian dan Penghantaran Borang A

1 - Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu;
2 - Daftar mengikut alamat terkini di JPN;
3 - Pastikan Borang A diisi dengan betul;
4 - Hantar sendiri borang permohonan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau melalui Penolong Pendaftar SPR;
5 - Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan ;
6 - Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda;

Dapatkan Borang A Di SINI

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran secara muat turun Borang A, boleh juga diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.

Bagi yang ingin menyemak Semakan Daftar Pemilih, anda boleh juga menyemak di sini - Semakan Daftar Pemilih

Semakan Pemilih secara SMS
SPR SEMAK No.IC 
Cth; SPR SEMAK 800101045243 DAN HANTAR KEPADA 15888

Sumber Rujukan: Pendaftaran Pemilih dan Semakan Secara Online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia