Menamakan laman web/blog anda mengikut nama domain juga amat
penting. Jadi sekiranya anda ingin membina blog yang menceritakan berkaitan
dengan 'langsir' maka adalah lebih baik nama 'langsir' dimasukkan kedalam nama
domain anda. Anda harus ingat pelawat yang inginkan maklumat tentang 'langsir'
akan menaip/memasukkan nama langsir didalam carian mereka.
Pilihlah nama domain yang mudah untuk diingati. Ini akan
memudahkan pelawat mengingati dan kembali ke blog atau laman web anda untuk
kali yang berikutnya. Tambahan pula sekiranya anda membina blog berkaitan
produk dan barangan untuk dipromosikan anda pasti mahukan pelawat sentiasa
datang ke laman web/blog anda setiap hari. Elakkan penggunaan nama yang pelik
kerana nama yang tidak memberi apa-apa erti menyukarkan laman web anda untuk
dikenali atau dilawati. Kecuali sekiranya anda telah mempunyai bisnes yang telah
berkembang maju dan popular yang mana rata-rata ramai telah mengetahui dan
mendengar tentang jenama atau perniagaan anda.
Penggunaan 'hyphen'.
Kebanyakkan blogger atau webmaster hanya akan menggunakan
(-)'hyphen' apabila domain yang mereka ingini telah dimiliki oleh orang lain.
Salah satu cara untuk mereka yang masih mahu menginginkan nama domain tersebut
ialah dengan menambahkan 'hyphen' diantara perkataan untuk domain tersebut.
Keburukkan menggunakan hyphen ialah pelawat akan mudah lupa untuk menaip (-) semasa
mencari laman anda dan apabila seseorang mengesyorkan laman anda kepada
teman-teman yang lain, penggunaan hyphen sering ditinggalkan. contohnya, anda
baru setup satu laman web/blog iaitu "nama-domain-yang-baik.com" dan
anda memberitahu teman atau rakan anda supaya melawati blog anda tersebut
tetapi rakan anda melakukan carian dengan menaip
"namadomainyangbaik.com" maka secara percuma anda mempromosi laman
web orang lain kepada rakan anda.
dot.com, dot.net, dot.org, dot.info?
Pada saya dot.com adalah lebih baik. kenapa? sebab, umum
lebih mengingati dot.com. Pelawat lebih cenderung mengingati dot.com. Sebut
sahaja mengenai laman web, hanya dot.com yang bermain difikiran mereka.
Sekiranya anda tidak pentingkan trafik atau penjenamaan untuk perniagaan atau
laman web anda, maka saya syorkan anda pilihlah mana-mana yang anda suka.
Domain regional atau cc-TLD (country-code Top-Level Domain), seperti .my
(Malaysia), .id (Indonesia), .sg (Singapura) juga sesuai sekiranya perniagaan
anda lebih spesifik kepada sesebuah negara. Ianya memberi manfaat kepada
pelawat untuk mengetahui dengan lebih mudah dimana perniagaan atau servis anda
dijalankan.
Jenis-jenis domain.
gTLD – Generic Top-Level Domains.
Domain yang sering digunakan dan paling popular seperti
.com, .net, .org, .biz, .info, dan lain-lain.
ccTLD – Country Code Top-Level Domains.
Domain yang diwujudkan spesifik kepada sesebuah negara.
contoh, .my (Malaysia), .id (Indonesia), .sg (Singapura). Ada negara yang hanya
membenarkan pendaftaran domain ini hanya kepada kerakyatan negara tersebut
sahaja.
sTLD – Sponsored Top-Level Domains.
Domain ini dikawal oleh agensi tertentu. Seperti
.museum dikawal oleh Museum Domain Management Association.