Mentang² la kita orang kerja di Bahagian Penjawatan. Asyik² dapat panggilan tanya pasal kenaikan gaji je. Aik .. banyak cantik. Korang ingat kitaorang jaga gaji ke ? Kalau tanya pasal kekosongan jawatan tu. Boleh la jawab sikit². Tapi kalau tanya pasal skim tangga gaji baru. Hehehe .. sorry la ye. Tak dapat den nak menolong..
Selain tu yang aku tak tahan nak gelak. Wujud satu fatwa kiraan sendiri yang dibuat berdasarkan fakta kenaikan gaji RM80 hingga RM320 mengikut gred yang dibentangankan dalam belanjawan 2012 seperti yang tertera di bawah. Dari mana diorang dapat pun aku tak tau. Alih² dah tersebar dekat Internet.
Tangga Gaji Baru Bajet 2012 yang diwar²kan oleh sesetengah pihak
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320
Memang pelik betul ! Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun belum lagi keluarkan apa² pekeliling. Dah ada pulak yang memandai² nak keluarkan kenyataan sendiri. Hehehe .. mungkin diorang dah tak sabar² nak dapat tangga gaji baru kot. Jadi dari buang masa percayakan rumours ni. Baik tunggu dulu apa² pekeliling ataupun surat arahan Perkhidmatan yang akan sampai di Jabatan masing².
Selain tu, kalau korang baca teks ucapan Belanjawan 2012 tu semula. Korang akan perasaan ada beberapa elemen utama yang digariskan dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA. Antaranya;
Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.
Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan
Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
Kalau korang tengok balik item yang nombor 4 tu. Mungkin korang akan perasaan. Hanya kepada kakitangan awam yang menerima opsyen SBPA sahaja yang akan mendapat faedah Kenaikan Gaji ini. Jadi, saranan aku. Adalah lebih baik korang tak payah terburu² dulu nak semak tangga gaji baru. Belum tentu lagi semua penjawat awam akan mendapat 'durian runtuh'.
Lagipun dari cakap² yang aku dengar. Ada banyak pro dan cons dalam opsyen SBPA ini. Jadi daripada korang sibuk² bertanyakan Kadar Jadual Gaji Sebaris SBPA ini. Adalah lebih baik korang semak dulu opsyen SBPA ni bila dah keluar nanti. Itu lebih baik !
Sumber Rujukan: Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) | Anastasyea Blog