Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila berlaku je perang di Gaza dan Tebing Barat serta saudara se Islam
dibunuh dengan kejam oleh askar Israel maka bersemangatlah kita semua
nak boikot produk Israel. Biasanya pertama masuk dalam kepala KFC dan Mc
Donald kerana katanya memberi sumbangan kepada Israel.
Maka berlakulah peperangan di Malaysia mengutuk kawan-kawan yang buat
muka selamba masuk makan di KFC dan McD. Katanya mereka tiada semangat
perjuangan kerana terus menyokong Israel.
Ada terbaca status seseorang di Facebook mengutuk mereka yang bekerja
di McD dengan gambar restoran McD Kota Bahru. Terlebih semangat ke tu!
Mereka yang terkorban di Gaza walaupun sekecil mana usianya sudah pasti mati syahid dan in shaa Allah (Dr Zakir kata ini ejaan yang betul) Syurga untuk mereka tetapi kita yang bercakaran di sini belum tentu lagi.
Kalau ikut sejarah KFC ditubuhkan di Kentucky USA bukan di Israel
begitu juga Mc Donald. Banyak produk-produk lain yang diasaskan oleh
Bangsa Yahudi seperti Facebook , Google, Coke, Pepsi yang bukan asalnya
daripada Israel juga sepatutnya kita boikot tetapi kita senyap je.
Pada pandangan peribadi aku usaha boikot produk Israel adalah salah
satu cara yang paling efektif untuk menekan Israel daripada terus
menyerang warga Palestine. Usaha pertama yang kita perlu buat adalah menyenaraikan produk yang dihasilkan di Israel
dan memboikot produk-produk tersebut.
Jangan kita sibuk nak boikot
produk yang dikatakan menyokong Israel sedang produk yang dihasilkan di
Israel terlepas begitu sahaja.
Langkah kedua barulah menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di
luar Israel tetapi dengan jelas telah membantu peperangan Israel untuk
kita boikot. Semangat boikot ini mesti berterusan bukan hanya
hangat-hangat tahi ayam bila dah sejuk isu ini maka kita pun senyap je.
Siapa boleh bantu untuk menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di Israel??
Alhamdulillah ada yang sudi bagi senarai @ Senarai Produk Israel dan yang menyokong Israel (tanpa pengesahan dari mana-mana pihak).
Selain boikot produk Israel kita juga boleh membantu warga palestine dengan menderma biar pun RM1 janji ikhlas. Jom derma @ Tabung Gaza.
Kepada Rakan Blogger boleh tampal banner tanda sokongan kepada perjuangan saudara kita di Gaza. Joom dapatkan @ Banner GAZA.
Kepada yang ada keberanian untuk pergi ke Gaza membantu sila klik @ Panggilan JIHAD.
Ada alim ulama kata Israel akan terus berani menyerang umat Islam
selagi umat Islam jauh dengan ALLAH SWT. Katanya pertanda umat Islam
semakin dekat dengan ALLAH SWT apabila solat jemaah fardu Suboh di masjd
penuh seperti solat Jumaat.
Untuk jadi seperti Rachel Corrie atau Konvoi Freedom Flotilla mungkin
kita tak mampu tapi sempena tahun baru 1434H mari kita azam sama-sama
untuk lebih dekat dengan ALLAH supaya Israel dan penyokong-penyokongnya
takut kepada Islam tidak seperti sekarang sebut Islam pun diaorang dah
gelak besar agaknya.
Sumber: Denaihati.com