Saturday, 31 March 2012

Apakah yang dinamakan Blog.

Di dalam dunia hari ini, blog memainkan peranan yang sangat penting untuk menyalurkan maklumat terkini dan ianya digunakan secara meluas. Malah terdapat blogger diluar sana yang menjadikan blog sebagai satu medan kerjaya untuk mereka mendapatkan pendapatan yang lumayan. Mereka inilah yang digelar ‘ProBlogger’ iaitu individu yang menjadikan blogging satu kerjaya tetap dan mendapat pendapatan berlipat kali ganda seminit. Begitu juga didalam kita menjana pendapatan online, pengetahuan mengenai blog adalah salah satu kemestian yang perlu ada untuk membantu kita mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan online kita.
Apakah itu Blog? Apa bezanya blog dengan laman web? Pasti ramai yang kebingungan untuk membezakannya. Sebenarnya blog juga salah satu jenis laman web cuma blog sentiasa diisi dengan informasi terkini dan sentiasa diupdate boleh dikatakan setiap hari dari semasa ke semasa dan sasaran serta rupanya sahaja berbeza. Segala isi penulisan yang ditulis oleh blogger dilaman blog dirujuk sebagai artikel. Anda boleh dengan mudah memiliki blog sendiri menggunakan beberapa hos-hos blog yang popular masa kini. Antaranya adalah:

Blogger.com
Wordpress.com
Xanga.com

Blog akan sentiasa diupdate oleh pemiliknya (blogger). Apa saja berita ataupun cerita malahan info terkini boleh dijadikan sebagai artikel didalam blog. Ia umpama diary ataupun jurnal online harian anda. Blog amat mudah diurus atau dikemaskini berbanding dengan website lain memandangkan ia telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Bagi anda yang ingin atau newbie didalam buat duit secara online boleh menggunakan blog sebagai permulaan untuk memperkenalkan bisnes anda. Lagi yang menarik tentang blog ialah ia sentiasa digemari oleh enjin carian dan mudah di-index oleh kerana ia kerap dikemaskini dengan artikel yang terbaru dan isi yang segar. Pada ruangan blog juga ada disediakan ruangan komen untuk pembaca. Ianya dapat membantu pembaca untuk berhubung atau mengetahui serta mendapatkan maklumbalas mengenai sesuatu topik.

Blog boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
Developer hosted
Ada yang percuma serta ada juga yang berbayar. Ianya cukup popular oleh kerana ianya mudah disetup. Contohnya blogger.com dan wordpress.com yang menyediakan perkhidmatan percuma untuk blog mereka. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan blog berbayar seperti typepad.com

User hosted
Ini adalah kategori blog yang memerlukan kita memasang blog di hosting sendiri. Ianya memerlukan sedikit pengetahuan tentang perisian serta proses pemasangan di webhosting anda.

Pemasangan blog.
Untuk anda yang ingin berkecimpung ataupun masih baru didalam online bisnes, blogger.com dan wordpress.com adalah pilihan yang terbaik. Mereka menyediakan perkhidmatan blog secara percuma dan blog dapat dihasilkan dengan pantas. Anda hanya perlu mengikuti arahan dan menggunakan tool yang telah tersedia diberikan. Ianya amat mudah sekali. Walau bagaimanapun sekiranya anda mempunyai kemahiran didalam pemasangan perisian blog di host web sendiri, anda adalah digalakkan mempraktikkannya kerana ia lebih menguntungkan anda kemudian hari serta ia juga dibawah kawalan sepenuhnya oleh anda. Mulakanlah dengan yang percuma dahulu dan kemudian apabila anda telah memahami dan mahir serba sedikit tentang blog dan perisiannya, anda bolehlah cuba memasang sendiri di host web anda.

Blog sebagai sumber pendapatan.
Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog. Secara ringkasnya, anda boleh membina blog yang menarik dan mengemaskininya dari semasa ke semasa. Artikel anda hendaklah berinformasi dan dapat memberi keyakinan kepada pambaca untuk sentiasa mengikuti perkembangan blog anda dimasa akan datang sehinggalah anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan kelebihan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program-program pengiklanan dimana mereka memberikan anda komisen yang lumayan bergantung kepada iklan yang dipaparkan di Blog anda atau anda juga boleh menjual/menyewa ruangan blog untuk iklan terus kepada sesiapa yang berminat pada harga yang tinggi.

Contoh program terkini yang anda boleh sertai dan sedang hangat bak pisang panas sekarang ini ialah Google Adsense. Keuntungan daripada program ini ialah anda akan dibayar komisen oleh pihak Google bagi setiap klik yang dilakukan pada iklan yang dipaparkan dilaman blog anda. Begitu juga bagi mereka yang telah mengenali program-program Afiliate seperti Clickbank, Mereka boleh meletakkan link affiliate pada blog dan menjana pendapatan lumayan setiap hari. Langkah terpantas untuk anda memulakan pendapatan online anda adalah dengan membina blog anda dari penyelia blog percuma seperti Blogger atau Wordpress.com. Dengan ini anda tidak perlu mengeluarkan wang membeli domain ataupun hosting. Ianya percuma dan mudah dihasilkan.(budak darjah satu pun tahu buat blog dengan blogger ni…senang sangat) kemudian daftar Google Adsense secara percuma. Promosikan blog anda untuk mendapatkan traffic. Dengan jumlah traffic atau pelawat yang ramai setiap hari, pasti akan ada klik pada iklan adsense anda. Dengan ini anda sudah boleh buat duit dengan mudah dan percuma setiap hari.